Katy Perry Berbogel Dalam Video Kempen Pemilihan Calon Presiden

Kurang dari 6 minggu pemilihan calon presiden baharu Amerika Syarikat, Hillary Clinton, penyanyi Katy Perry menjadi ikon berkempen dengan pelbagai gaya ke lokasi pemilihan tersebut.

 

 

Di awal video komedi bertajuk Funny or Die, berdurasi 1:55 minit itu, Perry merakamkan penampilan bersahaja dengan mengenakan pijama dalam keadaan rambut usut masai dan ditangkap polis gara-gara tindakannya yang berbogel.

 

 

 

Menerusi video itu juga, menunjukkan beberapa contoh penampilan yang boleh digayakan oleh netizen ke pusat pemilihan tersebut.

 

 

“Jika anda seperti saya, saya tidur telanjang,” katanya menerusi klip itu.

 

 

Aktor Joel McHale yang juga tampil berbogel dalam klip itu untuk ke pusat mengundi turut ditangkap bersama Perry dan kedua-dua mereka dibawa ke balai polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.