Jet peribadi Cristiano Ronaldo terbabas

Barcelona – Jet peribadi pemain bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo terbabas ketika mendarat, Isnin lepas.

 

Jet tersebut dikatakan terbabas ketika mendarat di lapangan terbang El Prat di Barcelona, seperti yang dilaporkan dalam Mirror UK.

 

Menurut saksi kejadian, gear pendaratan jet berkenaan patah ketika mendarat, menyebabkan pesawat berkenaan terbabas di bahagian tepi landasan.

 

Ekoran daripada itu, landasan tersebut terpaksa ditutup dan juruterbang hanya mengalami cedera ringan dan telah dirawat.

 

Menurut sumber, Cristiano dan keluarga tidak berada di dalam pesawat berkenaan.

 

“Cristiano Ronaldo, ahli keluarganya atau kawan-kawannya tidak berada dalam pesawat ketika kejadian,” katanya.

 

Cristiano telah membeli Pesawat jenis Gulfstream G200 dengan harga RM80,4 juta.

 

Selain daripada menggunakan sendiri pesawat tersebut, beliau turut menyewakannya kepada pihak yang berminat.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.