Fahrin Kini bergelar Bapa

Aktor Fahrin Ahmad kini bergelar bapa selepas menerima cahaya mata sulung lelaki seberat 2.7 kilogram itu pada jam 4.15 petang di Pusat Perubatan KPJ Damansara.

 

 

Isterinya, Elena Hani Eleas selamat melahirkan bayinya yang berkongsi tarikh lahir yang sama.

 

 

Fahrin yang berkongsi berita gembira di laman Instagram miliknya, berterima kasih dengan sokongan yang diberikan.

 

 

“Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah… Baby boy selamat dilahirkan secara normal, 1615 hrs… Khamis, 29 September 2016.. tq to our motherly and sweet Gynae Toh Puan Dr. Maziah Ahmad assisted by Sister Susana, Irene & Stephanidah.

 

 

“And also to Encik Zaidi & all for the pleasant birthday surprise for elena & the baby.. tq #kpjdamansara !! Dan terima kasih atas doa dan sokongan semua.. syukur… to my love @elenaeleas well done, you are a warrior queen! #fahrinelena,” tulisnya.

 

 

Terdahulu, Fahrin dan Elena mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 2015 di Pusat Konvensyen Sime Darby Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.