F1 : Jentera Renault, Kevin Magnussen Terbakar

SEPANG – Berlaku satu insiden di paddock perlumbaan dimana jentera pasukan Renault, Kevin Magnussen terbakar dalam sesi latihan pertama perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia, hari ini.

 

Bagaimanapun, keadaan di situ  masih terkawal.

 

Sesi latihan pertama itu menyaksikan pelumba Mercedes AMG PETRONAS Nico Rosberg mengungguli sesi latihan pertama itu, sebentar tadi.

 

Pelumba Jerman ini menguasai kedudukan pelumba mencatatkan masa terpantas 1 minit 35.227 saat (s) meninggalkan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton kedua terpantas, lapor BH.

 

Hamilton yang ketika ini bersaing sengit dengan Rosberg bagi kejuaraan dunia ketinggalan +494s.

 

Dua pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel sekali lagi menunjukkan mereka bakal menjadi pencabar utama apabila masing-masing mencatatkan masa ketiga dan keempat terpantas.

 

Pelumba McLaren Honda, Fernando Alonso dalam pada itu turut mendapat keputusan baik apabila mencatat masa kelima terpantas disebalik situasi pasukan itu musim ini.

 

Ia mengatasi dua pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo dan Max Verstappen yang masing-masing menamatkan sesi di tempat keenam dan ketujuh terpantas.

 

Sebagai rekod, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dibaik pulih secara besar-besaran tahun ini termasuk penukaran penuh permukaan litar.

 

Ia sekali gus menjangkakan rekod litar yang dipegang selama 12 tahun oleh pelumba Colombia, Juan Pablo Montoya berkemungkinan mampu dipecahkan.

 

Rekod Montoya ialah 1.34.223s yang dilakukannya pada 2004 bersama pasukan BMW.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.