Air Asia Tangguh Penerbangan, Alat Bantuan Seks Disangka Bom

CHIANG MAI – Penerbangan AirAsia Thailand ke Bangkok terpaksa ditangguhkan selepas petugas lapangan terbang mendengar bunyi alat bantuan seks yang disangka bom pagi kelmarin.

 

Bunyi getaran itu mencetuskan panik dalam kalangan kakitangan apabila mereka sedang memasukkan sebuah beg sandang hijau ke dalam pesawat, lapor Daily Star Britain.

 

Pengendali bagasi yang bimbang ia adalah bahan letupan terus menghubungi skuad pemusnah bom yang bergegas ke landasan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai.

 

Keadaan kembali tenang apabila skuad mendapati bunyi itu datang dari sejenis alat bantuan seks yang bergetar akibat ‘terpasang’ secara tidak sengaja.

 

Menurut seorang pengendali bagasi, mereka ternampak beg itu bergoncang dan mendengar dengungan dari dalam. Namun sebaik pakar membuka bungkusan itu mereka dapati ia hanyalah sejenis alat bantuan seks.

 

“Penumpang tidak menyedari beg mereka mencetuskan amaran keselamatan. Saya rasa mereka pasti malu jika perkara itu didedahkan,” katanya.

 

Penerbangan itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok pada jam 8.25 pagi kelmarin.

 

Sementara itu jurucakap AirAsia Thai berkata, syarikat penerbangan itu tidak merampas barangan berkenaan kerana ia tidak mengancam keselamatan penerbangan yang hanya tertunda selama 5 minit.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.