Pemuda Bersungguh Jual Sandwich, Mee Goreng

Kuala Lumpur – “DIA tidak menanti pelanggan tapi dia yang mencari pelanggan. Berlari dia ke sana sini bila ada pelanggan yang panggil,” tulis salah seorang pengguna di laman Facebook semalam.

 

Katanya, beliau kagum dengan cara pemuda tersebut memperagakan makanan jualan di tepi sebuah jalan besar berhadapan dengan stesen minyak Petronas Ampang Jaya, Kuala Lumpur.

 

“Mee!! Sandwich!! Jerit anak muda ini, sambil angkat tangan memegang barang jualannya,” tulisnya.

 

Beliau juga sempat menegur pemuda berkenaan dan membeli sebungkus mee goreng.

 

Katanya, kesungguhan anak muda tersebut dalam mencari rezeki demi keluarga merupakan motivasi untuk orang lain berusaha mencari rezeki.

 

Perkongsian tersebut mendapat pujian dan perhatian dari lebih 50,000 pelayar Facebook.

 

“Bagus adik! Berusaha kuat macam ni, InsyaALLAH anda akan maju! Janji rezeki halal dan diberkati ALLAH,” kata Normah.

 

“Respek kat dia bukan semua anak muda berani berniaga macam ni. Kebanyakan malu tapi merempit, meragut, minum arak, hisap dadah. Semoga beliau berjaya dalam bisnesnya,” kata Helymin.

 

Menurut seorang pelayar, pemuda berkenaan kemungkinan besar adalah anak kepada Dr Sam penyanyi lagu Saya Anak Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.