Tiada Jawatan Untuk Anwar, Pandai-Pandailah Tafsir Kenyataan Dr Mahathir – Zuraida

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim kena pandai-pandailah menafsirkan sendiri jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kedudukan dalam Kabinet.

“Pandai-pandailah menafsirkan jawapan itu (kata-kata Dr Mahathir),” kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin.

Semalam, Dr Mahathir Mohamad memaklumkan buat masa ini tiada jawatan kosong dalam Kabinet untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, tiada ahli Kabinet yang mahu melepaskan jawatan masing-masing untuk diberikan kepada Anwar

Malah, perdana menteri itu berkata, rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kerajaan tidak akan buat perubahan atau penambahan jumlah ahli Kabinet,” kata Dr Mahathir.

Dalam pada itu, Zuraida memaklumkan Anwar sehingga kini belum memberikan respon terhadap surat yang diserahkannya untuk mengadakan perjumpaan dengan Presiden PKR itu.

“Tak ada langsung respons,”tambahnya.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan demikian ketika ditemui di Majlis Penyerahan Surat Tawaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 di sini.

Beliau sebelum ini berkata, surat kepada Anwar itu dibuat bagi mengadakan pertemuan dengan bersama ahli MPP yang terpilih bagi menyelesaikan perselisihan yang berlaku. – MalaysiaGazette

Lain-lain berita menarik;

Tiada Menteri Nak Letak Jawatan Untuk Beri Kepada Anwar – Dr Mahathir

Anwar Tak Tunai Permintaan Punca Kami Tak Hadir Mesyuarat PKR – Zuraida

Rozana dan Marina Mahathir Kecewa Gagal Cabar Fatwa Isytihar SIS Sesat

PKR Kapar Gila Meroyan, Kenapa Mereka Bodoh Sangat, Soal Khairuddin

Rakyat Hong Kong Dialu-Alukan Tinggal Di Malaysia – Ketua SU Kementerian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open

Close