Menteri Sifatkan Kempen Boikot Produk Bukan Islam Tindakan Sia-Sia

SERDANG – Tindakan beberapa NGO memboikot produk bukan Bumiputera di negara ini disifatkan sebagai satu perbuatan sia-sia dan tidak bersifat konstruktif.

Ini kerana kebanyakan produk halal dikeluarkan di negara ini adalah daripada bukan Islam dan bukan bumiputera, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof.

Katanya, apa yang paling penting ialah meskipun produk dijual bukan keluaran Bumiputera, namun, setiap produk dikeluarkan perlu mendapat sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita tengok, kalau ditujukan kepada bekalan barangan halal, contohnya di negeri utara, buatan halal 70 peratus dikeluarkan oleh bukan Islam. Jadi, ia tidak ada masalah.

“Ia tidak kena dengan kempen sebab kita masyarakat yang berbilang kaum. Saya nasihatkan janganlah (boikot). Kalau sudah halal, itu ia sudah cukup suci. Siapa-siapa yang dapat sijil halal Jakim, sudah cukup untuk jual. Tidak perlu boikot, ia tidak konstruktif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Minggu Usahawan Nasional 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini semalam.

Beliau diminta mengulas tindakan beberapa NGO baru-baru ini yang melancarkan kempen mengutamakan pembelian produk Islam yang tular dalam laman sosial.

Menurut Mohd. Redzuan lagi, pihaknya tidak mampu menghalang perkara tersebut daripada tular dalam laman sosial dan paling utama pada masa ini adalah meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat.

“Kita tidak boleh larang media sosial untuk tular, kita kena beri ruang. Dasar kita (kerajaan) adalah untuk semua,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Lain-lain berita menarik;

Hapus Tulisan Jawi Produk Bukan Islam, Guna Sijil Halal Tulisan Mandarin, Tamil – PPIM

Tiada Menteri Nak Letak Jawatan Untuk Beri Kepada Anwar – Dr Mahathir

Hanya Dapat Sikit Manfaat Bantu Kawan Miliki Tanah Balak 1,000 Hektar – Mukhriz

Ahli PPBM Kata PH Akan Kalah PRU15 Akan Dikenakan Tindakan Disiplin – Mahathir

PKR Kapar Gila Meroyan, Kenapa Mereka Bodoh Sangat, Soal Khairuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.