Siasatan Kes Rasuah RM2.5 Juta Melibatkan Exco Melaka Sedang Berjalan – SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan siasatan kes penerimaan wang rasuah bernilai RM2.6 juta membabitkan EXCO Kerajaan Negeri Melaka masih berjalan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, adalah tidak benar laporan pihak tertentu bahawa kertas siasatan kes itu sudah siap dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

“Saya ingin betulkan perkara ini kerana siasatan masih lagi dijalankan dan perlu adil terhadap orang yang terbabit,” katanya.

Isnin lalu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan membabitkan seorang EXCO yang didakwa terbabit dengan rasuah.

EXCO terbabit didakwa menyalahgunakan kuasa dengan meminta sejumlah bayaran daripada sebuah syarikat pembangunan berkaitan kerajaan negeri, minggu lalu.

SPRM dipercayai turut menyerbu pejabat ahli EXCO terbabit yang juga pemimpin kanan sebuah parti komponen PH di Seri Negeri,Ayer Keroh. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.