Petron Yang Berkaitan Anak Dr Mahathir Dilantik Bekal Minyak Kenderaan Kerajaan

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan melantik syarikat minyak Petron sebagai pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan, memetik memorandum yang tersebar di media sosial.

Pelantikan dibuat menerusi memorandum kementerian kepada Petron Fuel International Sdn Bhd yang ditandatangani Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, Ahmad Suhaimi Endut, di Perbendaharaan bertarikh 3 Ogos.

“Untuk makluman pihak tuan, Kementerian Kewangan (MOF) telah melantik Petron Fuel International Sdn Bhd (Petron) sebagai salah satu pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan melalui kad inden.

“MOF berharap perlantikan Petron akan dapat memberi pilihan dan alternatif yang lebih baik kepada pembekal bahan api sedia ada,” katanya menurut memorandum itu.

Surat itu diterima oleh pejabat ketua setiausaha Kementerian Luar Negeri pada 23 Ogos.

Sementara itu, sumber di Kementerian Kewangan mengesahkan pelantikan itu.

Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd pada Jun 2013 mengesahkan anak perdana menteri, Tan Sri Mirzan Mahathir adalah ahli lembaga pengarah syarikat induknya, Petron Corporation Filipina.

Beliau menjadi pengarah Petron Corporation pada 13 Ogos 2010 dan juga seorang pemegang saham. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.