Dua Lelaki Ditahan Berkaitan Ancaman Bom Palsu Di Sri Pentas,

PETALING JAYA — Dua lelaki dipercayai pemanggil ancaman bom palsu di Sri Pentas dekat sini ditahan.

Ketua polis daerah Petaling Jaya berkata mereka diberkas di Temerloh pada 8.20 malam tadi, lapor Harian Metro.

“Permohonan reman akan dibuat pagi esok di Mahkamah Petaling Jaya,” kata ACP Mohd Zani Che Din.

Semalam, kakitangan Media Prima di Bandar Utama gempar susulan panggilan berkaitan ancaman bom di premis itu.

Semua staf kemudian diarah mengosongkan bangunan tersebut sebelum polis dan bomba tiba di lokasi kejadian.

Selepas siasatan, ancaman itu terbukti panggilan palsu dan pekerja dibenarkan masuk kembali jam 1.30 pagi. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.