PM Hadir Raptai Penuh Hari Kebangsaan 2017

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka.

Beliau tiba kira-kira 8.15 pagi diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zahrah Syed Ahmad, lapor Bernama.

Hari ini adalah raptai terakhir sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2017 berlangsung pada Khamis.

Sambutan bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ kali ini lebih istimewa apabila ia mengimbas semula detik pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dan dijayakan oleh 18,000 peserta termasuk penglibatan perdana menteri sendiri.

Menggunakan teknologi moden termasuk skrin besar LED, sambutan kali ini membawa semula nostalgia 60 tahun kemerdekaan negara dengan penonjolan suasana kehidupan zaman itu termasuk dari segi rupa dan gaya masyarakat berpakaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!