Video: “Tolong Senyap, Waktu Sembahyang!” Viral Di Media Sosial

Kuala Lumpur – Perhimpunan Bersih 4 yang kini sedang berlangsung bukan sahaja melaungkan suara rakyat Malaysia, tetapi turut memaparkan pelbagai gelagat orang awam.

 

Salah satu video yang tersebar di media sosial adalah video yang memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina melaungkan “Tolong senyap!! Waktu sembahyang…” kepada peserta apabila masuk waktu untuk peserta beragama Islam untuk sembahyang.

 

 

Rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa kagum atas tindakan lelaki tersebut yang begitu prihatin dengan sensitiviti masyarakat Islam.

 

Ia secara tidak langsung membawa mesej bahawa semangat kekitaan dan bersatu masih wujud dan utuh di negara ini, biarpun berbeza idealogi dan pendapat.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.