Video: Rakaman Pasangan Mengamuk Dengan Penguatkuasa

Kuala Lumpur – Video pasangan muda yang dipercayai suami isteri, mengamuk difahamkan kerana barang jualan mereka cuba dirampas penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang heboh di media sosial, mendapat perhatian ramai.

 

Rakaman video berdurasi 51 saat itu, dimuat naik oleh seorang individu yang bersimpati dengan nasib pasangan muda tersebut.

 

Namun tidak dapat dipastikan bila dan dimana kejadian ini berlaku.

 

 

“Orang Melayu nak berniaga kecil-kecilan dalam keadaan ekonomi yang terlalu mendesak pun, dia orang kacau sesama bangsa.

 

“Berapa la sangat untung berniaga macam itu…yang judi haram, rumah urut dan sindiket dadah tak nak pula dia orang ambil tahu. Hancur semua sistem..ermmm…,” ujar lelaki yang memuat naik rakaman tersebut.

 

Dalam pada itu, nitizen pula meluahkan rasa tidak bersetuju dengan tindakan penguatkuasa yang cuba merampas barang milik pasangan suami isteri itu sehingga makanan yang dijualnya berteraburan di atas lantai.

 

Mereka menyifatkan tindakan PBT itu sebagai kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

 

Antara komen yang dipetik berdasarkan rakaman tersebut itu “Orang Melayu nak cari sesuap nasi yang halal sahaja. Kalau iya pun tempat itu tidak boleh menjaja apalah salahnya tegur baik-baik dan minta mereka mengemaskan barang dan beredar.

 

“Nak cari rezeki halal sahaja pun, bukan merompak dan penjenayah. Satu hari nanti, budak penguatkuasa itu jatuh susah, tidak akan ada sesiapa yang akan sudi membantu.”

 

Malah ada juga yang pendapat yang dipetik dilaporkan bahawa, penguatkuasa sepatutnya membantu pasangan tersebut mendapatkan lesen menjaja yang sah.

 

“Kalau dah tak ada lesen, bawakanlah surat menyuruh dia isi borang. Tolonglah mereka dapatkan lesen dan janganlah buat macam itu sampai habis terabur barang dia.”

 

“Apa la budak-budak sekolah itu akan fikirkan bila tengok undang-undang yang diterapkan penguatkuasa yang zalim macam ini. Sikit pun tak ada perikemanusiaan,” menurut salah seorang pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.