Video: Jatuhkan Najib Melalui Demostrasi Jalanan – Dr Mahathir

Kuala Lumpur –  Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini, demonstrasi jalanan merupakan satu-satunya cara untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang, sama keadaannya seperti yang berlaku kepada bekas presiden Ferdinand Marcos di Filipina.

 

Dr Mahathir berkata demikian kepada media ketika sedang berehat dan minum petang di sebuah restoran di Pasar Seni sebelum mengunjungi peserta Bersih 4 di ibu kota hari ini.

 

 

“Kalau kerajaan dah tak peduli pasal undang-undang, kita terpaksa gunakan demonstrasi.

 

“Lihat presiden Marcos, ketika memerintah Filipina, mereka terpaksa jatuhkan beliau melalui demonstrasi,” katanya.

 

Turut mengiringi mereka ialah bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim dan isterinya Datin Suliana Alias.

 

Sebelum itu, mereka tiba di kawasan Pasar Seni dengan menaiki LRT.

 

 

Dr Mahathir berkata, ahli-ahli parlimen seharusnya bersama-sama mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

“Anda perlu bagi tahu ahli-ahli parlimen anda, tolong jangan sokong Najib.

 

“Sekiranya ada undi tidak percaya (terhadap Najib), tolong sokong usul undi tidak percaya itu” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.