Sokong Bersih: Jangan Terpedaya Dengan Mamak Kutty – Hishamudin Rais

Kuala Lumpur – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu Penganjur Bersih, Maria Chin membuat kajian ke atas kehadiran Tun Mahathir ke perhimpunan Bersih 4.0.

 

Perkara itu juga disifatkan sebagai Tun Mahathir mahu membuat onar dan mengganggu perjalanan perhimpunan.

 

“Mahazalim came to hijack our gathering. @mariachin pls do ur homework,” ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau.

 

Nurul Izzah dikatakan tidak menyifatkan perkara itu sebagai satu perbuatan Tun Mahathir yang mempunyai agenda tersendiri sekali gus akan mengganggu perjalanan demonstrasi jalanan yang berlangsung di ibu negara.

 

Sementara itu, Aktivis politik, Hishamudin Rais juga turut memuat naik menerusi status laman Twitternya menulis, yang berbunyi ” Jangan terpedaya dengan MAHA FIRAUN dan mamak kutty. Kah kah kah,” katanya.

 

Beliau turut menyifatkan dan menasihati peserta supaya tidak terpedaya dengan kedatangan Tun Mahathir ke perhimpunan itu kerana baginya Tun Mahathir mempunyai helah serta motif baharu yang mempu membuatkan orang terpedaya.

 

Terdahulu Hishamuddin ketika berucap semalam turut mengambil kesempatan memulangkan paku buah keras kepada mantan Perdana Menteri itu.

 

Menurutnya kehadiran Dr Mahathir pada perhimpunan Bersih 4.0 bagi memberi sokongan kepada rakyat yang mahukan Datuk Seri Najib Razak berundur dilihat bertentangan dengan tindakan beliau ketika berkuasa.

 

“Jika dahulu Mahathir cakap ini bukan caranya tetapi sekarang beliau sendiri beri sokongan kepada kita. Ini bererti apa yang saya cakap memang betul,” kata Hishamuddin dalam persembahan stand up komedinya di pentas utama Dataran Merdeka, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.