Shihidan Terkilan Mahathir Sokong DAP Yang Anti Negara Islam

Kuala Lumpur – “Permintaan saya sebagai pejuang kecil ini ialah, tolong jangan hadir lagi…please (tolong) Tun,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir di perhimpunan Bersih 4.0, semalam.

 

Kata Shahidan, beliau memahami bahawa tindakan Tun Mahathir itu bukan untuk menjatuhkan kerajaan tetapi mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

 

“Cuma saya terkilan kerana Tun hadir perjumpaan DAP yang anti negara Islam.

 

“Namun kasihku pada Tun tidak akan berubah,” katanya di laman sosial Facebook milik beliau.

 

Tun Mahathir membuat kejutan apabilan tiba di Dataran Merdeka pada jam 7.30 malam tadi dan meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama peserta himpunan itu.

 

 

Sementara itu, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta semua pihak terutamanya ahli Umno tidak memarahi Tun Mahathir atas tindakan yang beliau lakukan.

 

“Kita terlampau kerdil untuk berbuat demikian. Maki puak-puak natang (binatang) bersih tu,” katanya. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.