Remaja OKU Jatuh Perigi Buta Di Pasir Mas

Pasir Mas – Seorang budak lelaki berusia 15 tahun terselamat daripada kecederaan parah walaupun terjatuh ke dalam perigi sedalam 6.5 meter dekat Kampung Jalan Tebing Sungai, Tendong, Pasir Mas, di sini, malam tadi.

 

Dia yang juga orang kelainan upaya (OKU) hanya mengalami cedera ringan di bahagian tangan dan berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba Tunjong, dekat sini.

 

Remaja berkenaan berjaya diselamatkan bomba dan penyelamat pada jam 8.06 malam dengan membawanya naik dari perigi sedalam 6.5 meter.

 

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Tunjung Zamri Che Ya berkata, mangsa dibawa naik dengan menggunakan tali yang diikat pada mangsa.

 

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 7.10 malam selepas dimaklumkan seorang remaja OKU terjatuh ke dalam perigi dan seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

 

“Perigi yang terlalu dalam menyukarkan usaha membawa naik mangsa. Namun, dengan menggunakan tali yang diikat pada anggota bomba dan mangsa berjaya dibawa keluar,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

 

Menurutnya remaja terbabit juga bernasib baik kerana perigi itu kering.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.