‘Rare’ Jual Petai Semasa Himpunan Bersih 4.0

KUALA LUMPUR – Lari daripada kebiasaan, serta bijak mengambil kesempatan itulah yang dilakukan oleh se‎orang peniaga apabila menjual buah petai dan rambutan di tapak Himpunan Bersih 4.0 di kawasan Masjid Jamek hari ini.

 

Peniaga petai dan rambutan tersebut, Muhd Aizat Abdul Ghani berkata, bekalan buah dan ulam itu di datangkan dari Jelebu Negeri Sembilan.

 

“Cari rezeki bang… Alhamdulillah jualan saya dapat sambutan luar biasa.

 

“Semalam 3 bakul besar petai dan 3 bakul rambutan saya habis dijual, sementara hari ini jualan masih berlangsung,” katanya yang berasal dari Gombak.

 

Bercerita lanjut, Aizat berkata dia menjual petainya ‘seikat’ (dalam 4 keping) berharga RM 5 sementara rambutan juga berharga RM 3 seplastik.

 

“Bila lagi nak cari duit lebih bang,”  katanya yang mana memperoleh RM1,000 sehingga RM2,000 sejak berniaga semalam.

 

‎Himpunan Bersih 4.0 berlangsung sejak semalam dan akan berakhir pada pukul 12 malam ini.

 

Pemerhatian Sinar Online mendapati keadaan di Dataran Merdeka masih berada dalam keadaan terkawal, sementara peserta makin bertambah dari semasa ke semasa. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.