Polis Pulau Pinang Kenal Pasti Anggota Perhimpunan Haram

BUKIT MERTAJAM – Polis sedang mengenal pasti kumpulan lebih kurang 150 orang berpakaian warna kuning yang membawa sepanduk Bersih 4 kerana membuat perhimpunan tanpa permit.

 

Mereka yang mula bergerak seawal jam 8.30 pagi dari Pasar Awam Kampung Baru ke beberapa kawasan tumpuan orang ramai, termasuk Pasar Awam Sri Rambai, pusat beli-belah Sunway, Autocity dan persimpangan Bukit Minyak.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, yang mengesahkan himpunan itu berkata, polis sedang memantau pergerakan mereka dan setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan.

 

“Mereka ini berhimpun tanpa permit dan hasil pemantauan anggota kami mendapati, mereka telah bersurai pada jam 4 petang.

 

“Kami sedang mengenal pasti dan tidak menolak kemungkinan akan membuka siasatan terhadap mereka,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.