Peserta Bersih 4.0 Pijak Gambar Hadi, Najib

KUALA LUMPUR – Geram, benci dan mungkin marah dengan keengganan PAS tidak menyertai himpunan Bersih 4.0 membawa kepada tindakan peserta himpunan tersebut memijak gambar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang di ‘edit’ berpelukan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Tindakan peserta Bersih 4.0 keturunan Cina yang dipercayai penyokong DAP itu mengundang reaksi kurang senang ramai pengguna media sosial yang mengecam kebiadapan tersebut.

 

“Tersangat sangat kurang ajar (peserta) yang pijak gambar Hj Hadi,” komen seorang individu Nawal Aziz.

 

Seorang individu lain mempersoalkan kewajaran peserta Bersih melakukan perbuatan biadap tersebut.

 

“Sikap mcm ni ke yg kita nak sanjung….?,” soal Mizi Abdul.

 

Sementara itu beberapa pengguna lain menyuarakan amarah, mengancam mahu mencederakan wanita Cina yang berkelakuan kurang ajar itu.

 

“Kalau depan aku, mau aku tampar terus,” kata Aiman Haikal dipetik dari ruangan komen portal Sinar Harian.

 

“Rasa macam mahu potong kaki tu. LKS nak berUG dengan BN tidak pula pijak. Ajaran LKS teman setia GHB,” luah seorang lagi individu yang menggunakan identiti Kuala Lumpur Kburn di ruangan yang sama.

 

Himpunan Bersih 4.0 hari ini masuk hari kedua. Himpunan yang sama semalam dihadiri kira-kira 25,000 orang dengan anggaran 90 peratus pesertanya dari kaum Cina yang merupakan ahli dan penyokong DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.