Peserta Bersih 4.0 Gembira Mahathir Datang

KUALA LUMPUR – Sebahagian peserta himpunan Bersih 4.0 yang ditemubual menyuarakan rasa gembira dan meraikan kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang datang ‘menjenguk’ mereka lewat petang tadi.

 

ADUN Mentakab dari DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menyifatkan kehadiran tersebut sebagai bukti Tun Mahathir sudah insaf atas kesilapan lalu semasa pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

 

“Secara peribadi mungkin dia sudah insaf… Kita orang Islam kena terimalah keinsafan tu. sebab kalau Tuhan boleh maafkan makhluk dia, manusia biasa lakukan kesilapan, kita tiada masalah,” katanya.

 

Sementara itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dari PKR berpendapat kemunculan Tun Mahathir sebagai isyarat supaya rakyat tampil menyokong Bersih.

 

“Dia sengaja datang walaupun sekejap utk menunjukkan kepada rakyat, isyarat kepada mereka yang bukan penyokong pakatan rakyat, reformasi… golongan-golongan ini untuk datang sama-sama memastikan kerajaan yang ada sekarang harus ditukar,” katanya.

 

Kemunculan Tun Mahathir lewat petang tadi berhampiran Dataran Merdeka disambut umpama hero oleh peserta Bersih 4.0 meskipun sepanjang 22 tahun pentadbirannya sebagai Perdana Menteri agak tegas menolak aktiviti demonstrasi jalanan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.