Pesawat Tentera Udara Nigeria Terhempas, 7 Maut

Abuja – Sebuah pesawat Tentera Udara Nigeria terhempas atas sebuah rumah di bandar Kaduna di utara negara itu hari ini, menyebabkan semua tujuh orang yang berada dalam pesawat berkenaan terbunuh.

 

Menurut Tentera Udara Nigeria, pesawat Dornier-228 itu terhempas ke atas sebuah rumah sejurus berlepas dari Pangkalan Tentera Kaduna pada 6.45 pagi (0545 GMT).

 

Tiada sesiapa di darat yang tercedera.

 

“Pesawat berkenaan dalam penerbangan harian ke Abuja apabila ia terhempas dalam kawasan berek, menyebabkan empat anak kapal dan tiga orang awam terbunuh,” kata jurucakap tentera, Kolonel Abdul Usman. Siasatan punca nahas sudah dimulakan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.