Penganjur Bersih Sarawak Minta Maaf

Kuching – Tunjuk perasaan Bersih 4 di Sarawak ditamatkan lebih awal selepas pihak penganjur melahirkan rasa kesal tindakan peserta membawa anak ke tapak demonstrasi itu.

 

Menurut penganjur Nichols Mujah, keputusan itu juga diambil selepas pihaknya terpaksa menyerahkan balik sistem pembesar suara yang disewa daripada sebuah syarikat.

 

Nicholas berkata kehadiran kanak-kanak di padang ragbi  Song Kheng Hai malam tadi adalah melanggar peruntukan Akta Perhimpunan Aman.

 

“Kita juga terpaksa batal kerana pihak syarikat meminta semula sistem pembesar suara yang disewa oleh PKR,” kata beliau.

 

Kira-kira 100 orang hadir untuk meyambung semula tunjuk perasaan itu yang sepatutnya hanya berakhir tengah malam ini.

 

Wakil Sarawak Bersih 2.0 Karen Shepherd kemudian memohon maaf kepada mereka kerana perhimpuan itu terpaksa dibatalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.