Papan Luncur Digigit Jerung, Peluncur Terselamat

MORRO BAY –  Seorang peluncur terselamat selepas jerung putih menyerang dan menggigit papan luncurnya di luar pantai California semalam, lapor AP.

 

Elinor Dempsey, 54, berkata, dia meluncur di Pantai Morro Strand di utara Teluk Morro, sekitar jam 10 pagi dengan tiba-tiba menyedari seekor jerung berenang di bawah papan luncur miliknya, lalu menggigit dan membentuk lubang sebesar 14 inci (35 sentimeter).

 

Dempsey menolak papan luncur ke arah jerung dan melompat. Peluncur lain mendakwa serangan itu memberi amaran kepada orang lain untuk meninggalkan pantai dengan segera.

 

Pegawai menutup pantai selama 72 jam dan meletakkan papan tanda amaran di pantai berhampiran, kata penyelia renjer pantai itu, Lisa Remington.

 

Pakar akan menganalisis tanda gigitan dan corak gigi untuk menentukan saiz ikan yu. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.