Old Town White Cafe Kibar Jalur Gemilang Terbalik

SUBANG JAYA – Sengaja atau tidak? Itu persoalan orang ramai apabila premis Old Town White Cafe di Sunway Piramid, Subang Jaya dikesan mengibarkan bendera Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik.

 

“Tidak ada sesiapa yang memaksa restoran dan kedai makanan untuk mengibarkan bendera.

 

“Kalau rasa tidak mahu kibarkan bendera jangan libarkan,” tulis blogger Cucu Tok Selampit yang menyiarkan gambar tersebut dalam blognya hari ini.

 

Blog itu yang mendakwa restoran terbabit milik penyokong DAP mengecam tindakan itu yang dianggapnya sengaja mahu menghina kedaulatan negara.

 
“Kami semua tahu restoren ini merupakan penyokong tegar DAP.

 

“Tidak perlulah menghina kedaulatan Negara,” tegas blog tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.