Bersih 4: Perhimpunan Di Kuching Dibatalkan

Kuching – Kurang 500 peserta perhimpunan Bersih 4.0 di Kuching yang berhimpun sejak awal pagi di padang Song Kheng Khai, pagi ini, bagi meneruskan acara demokrasi yang masuk hari kedua, hari ini, kecewa apabila ia dibatalkan tiba-tiba.

 

Pengerusi Penganjur Bersih 4.0 di Kuching, Nicholas Mujah Ason berkata acara itu dibatalkan serta-merta berikutan pelanggaran syarat.

 

Antara alasan yang diberikan termasuk kehadiran kanak-kanak dan kerugian akibat sistem pembesar suara (PA) yang diambil balik oleh penyewa.

 

Sementara itu, Ketua Polis Kuching Asistan Komissioner Roslan Bek Ahmad, berkata sekalipun penganjur membatalkan acara, polis tetap memberi kemudahan sehingga tengah malam, seperti yang dipersetujui.

 

Roslan juga berkata, selain daripada empat laporan yang diterima berhubung pelanggaran syarat kecil, penganjur berjaya mengendalikan acara itu secara teratur.

 

“Saya gembira dan berterima kasih kepada mereka yang mengekalkan disiplin. Ada yang datang dengan anak mereka, tetapi selepas dinasihati ia melanggar peraturan, mereka patuh,” kata Roslan.

 

Antara syarat yang dilanggar adalah ahli DAP berarak dari Taman Seri Sarawak ke padang Song Kheng Khai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!