Bekas Kekasih Tasha Shilla Ada Bukti, Dipukul Gangster

ANS Wong, bekas kekasih Tasha Shilla akan mendedahkan bukti dalam bentuk rakaman video berkenaan dengan kejadian serangan di sebuah kelab malam, baru-baru ini.

 

“Saya ada semua bukti berhubung insiden berkenaan dan selepas semua siasatan dilakukan saya sendiri akan dedahkan dalam Instagram saya tentang kebenaran kejadian itu,” kata Wong dipetik laporan mStar Online.

 

“Saya tidak berbohong malah ramai orang yang melihat kejadian itu termasuk beberapa rakan artis yang turut berada di kelab sama,” jelasnya lagi.

 

Menurut Wong, dia cuma mahukan keadilan dan bukan bertujuan untuk memburukkan sesiapa.

 

Sebelum ini, seorang wanita bernama Carmen mendedahkan Wong telah dipukul oleh sekumpulan lelaki.

 

Wong juga mengakui Carmen adalah teman wanitanya kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.