Majlis Sederhana, Hanya Dihadiri Sahabat Rapat – Ramli MS

Kuala Lumpur – Komposer dan konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli MS memberitahu, beliau akan mengadakan sebuah majlis ringkas bagi meraikan pernikahannya dengan Alyah pada hujung September ini.

Menurut Ramli, 55, beliau sebenarnya tidak pernah berhasrat untuk menyembunyikan pernikahannya dengan penyanyi yang berasal dari Johor Bahru itu tetapi hanya menunggu waktu yang sesuai untuk menghebahkan.

“Saya tidak pernah berhasrat berbohong atau menafikan pernikahan kami, sebaliknya saya mengambil pendekatan tidak menjawab persoalan itu apabila diajukan tentang isu peribadi kerana ia pendirian saya sejak dahulu lagi.

“Sebagai lelaki yang telah berusia, saya mahu mengumumkannya dalam keadaan yang  jelas selepas kediaman saya siap dan kami rasmi berpindah masuk ke sini.

“Bagaimanapun, apabila ada pihak yang terlalu kepoh dan tidak sabar, maka majlis sederhana itu saya tunda dan hanya akan dihadiri oleh sahabat rapat sahaja,” jelasnya sewaktu ditemui Kosmo! di kediamannya di Bandar Kinrara, Puchong petang semalam.

Ketika ditanya mengapa beliau mengambil masa sehingga setahun setengah dan pernikahan mereka diketahui dengan cara aduan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ramli menegaskan, beliau mempunyai alasan yang bersifat peribadi sehingga terpaksa menyimpan kisah rumah tangganya daripada umum.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.