Dollah Salleh Senaraikan 29 Pelatih

Kuala Lumpur –  Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh telah menyenaraikan 29 pemain bagi menjalani latihan pusat kebangsaan sebagai persediaan menghadapi tiga aksi persahabatan antarabangsa.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemain berkenaan perlu melaporkan diri kepada Dollah pada 4 Sept ini di Wisma FAM, Kelana Jaya untuk sesi latihan pusat berkenaan.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan berdepan Indonesia pada 14 Sept ini, diikuti pertemuan menentang Kemboja, enam hari kemudian dan kedua-dua perlawanan akan diadakan di tempat lawan.

Mereka akan menamatkan aksi persahabatan antarabangsa menentang Jordan di Stadium Shah Alam pada 11 Okt ini.

Malaysia diaibkan dengan kekalahan 1-4 kepada Tajikistan pada aksi persahabatan di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos lepas.

Tiga perlawanan persahabatan itu merupakan persediaan menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadualkan berlangsung di Singapura dan Vietnam dari 22 Nov hingga 20 Dis ini.

Malaysia berdepan laluan sukar pada kejohanan membabitkan negara rantau Asia Tenggara itu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Singapura dan juara tiga kali Thailand dan pemenang dari pusingan kelayakan.

Pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki akan berlangsung di Laos dari 12 hingga 20 Okt ini membabitkan empat negara iaitu Myanmar, Brunei, Timor Leste dan Kemboja bagi merebut dua slot terakhir kejohanan.


Senarai 29 pelatih:

Mohd Farizal Marlias, Mohd Bunyamin Umar, S. Kunalan, Mohamad Azmi Muslim (Selangor); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Badhri Mohd Radzi, Ahmad Fakri Saarani,  Zairul Fitree Ishak (Kelantan); Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra Omar,  Safiq Rahim.

Mohd Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali (Johor Darul Takzim); Azizon Abdul Kadir, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Afif Amiruddin, Ahmed Ezrie Shafizie Sazali (PDRM).

Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mohd Razman Roslan, Mohd Hafiz Kamal, Azammuddin Mohd Akil, R. Gopinathan (Pahang); Abdul Manaf Mamat (Terengganu); Ronny Harun, S. Chanturu, Joseph Kalang Tie(Sarawak); Muhammad Shukor Adan, Indra Putra Mahyuddin (Felda United FC).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.