Gagal tangani fitnah, punca UMNO kalah PRU14 – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli-ahli Umno punca kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 2018 lalu kerana gagal menangani persepsi buruk yang dilemparkan.

Kata Timbalan Perdana Menteri itu, sokongan rakyat terhadap Umno ranap perlahan-lahan namun pemimpin dan ahli parti ketika itu langsung tidak menyedari padah menanti akibat daripada fitnah-fitnah yang ditularkan.

“Kita (Umno) kalah dalam Pilihan Raya 2018 sebab kita tidak menangani persepsi ataupun tanggapan yang baik terhadap diri kita walaupun kebaikan telah kita lakukan.

“Sangka buruk dan prasangka yang negatif terus dibalingkan pada kita (Umno) dan kita terus merasa selesa sebab kita berada di dalam kerajaan (sedangkan) orang menyusun pelbagai propaganda untuk memburukkan kita dan kita masih duduk dalam keadaan selesa,” katanya dalam petikan video.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, pelbagai fitnah dihamburkan namun ia tidak ditangani.

“Umno hanya memviralkan fitnah-fitnah itu dikalangan kita menyebabkan ketularan ini makin banyak dan kita tidak pun mengambil langkah untuk menjawabnya.

“Siapa yang menjawab ketika itu yang tidak ada roh dan tidak ada jiwa bukan hanya untuk mempertahankan isu-isu fitnah itu tetapi kita tidak menyerang balik.

“Mungkin ada sdikit-sedikit yang menjawab atau menyerang balik, tetapi ia tenggelam disebabkan oleh kebencian ditanamkan lebih banyak begitu juga mehnah dan tohmah dan pelbagai fitnah terus dihamburkan.

“Sebab apa kita sendiri tidak menangani persepsi, sebab apa kita sendiri berasa yakin dengan apa yang kita buat sebab kita sendiri tidak mempengaruhi diri kita bahawa kita adalah yang terbaik,” kata Zahid.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat