Pakar Arkeologi Temui Rangka Pasangan ‘Romeo & Juliet’ Dikebumikan Bersama

KARAGANDA – Sekumpulan ahli arkeologi menemui rangka pasangan Romeo dan Juliet yang dikebumikan bersebelahan di dalam sebuah kubur berusia 5,000 tahun baru-baru ini.

Pasangan kekasih zaman prasejarah itu ditemui di wilayah Karaganda dengan rangka lelaki dilengkapi anak panah dan pisau logam.

Berhampiran kubur mereka, terdapat juga rangka dua ekor kuda yang terbaring bersebelahan. Haiwan itu dipercayai dijadikan korban bersama pasangan tersebut.

Pakar arkeologi, Dr. Igor Kukushkin yang mengetuai ekspedisi penggalian itu berkata, terdapat persoalan sama ada pasangan itu merupakan kekasih ketika hayatnya, menjadi mangsa pembunuhan atau membunuh diri.

Mereka percaya, rangka lelaki itu mungkin milik golongan bangsawan Zaman Gangsa yang dikenali sebagai charioteer.

“Kajian awal kami mengenai rangka ini tidak menunjukkan mereka dicederakan, tetapi penyelidikan lebih terperinci perlu dilakukan bagi membantu menjelaskan sebab kematian mereka,” kata Kukushkin. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.