Trump Dilihat Semakin Bergelut Untuk Mentadbir

Ketika anggota Republikan bekerja keras untuk memansuhkan Obamacare minggu ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pula sering bercakap lari daripada topik, sekaligus meningkatkan kebimbangan dalam partinya tentang keupayaannya untuk mentadbir negara, enam bulan selepas menjadi presiden.

Ketika para senator bergelut dengan isu penjagaan kesihatan, Trump pula umum larangan menyertaan individu transgender dalam tentera dan lain-lain lagi.

Akhirnya, usaha Senat gagal dalam pengundian pada hari Jumaat, yang membuktikan ketidak-keberkesanan yang sering diiringi kekecohan yang menyelubungi Trump – ribut tweet, perbalahan dalaman Rumah Putih, ‘luka’ akibat perbuatan sendiri.

“Kita sedang melihat bukti jelas bahawa semua gangguan itu menjadi penghalang kepada kemampuan mereka ke arah pencapaian perundangan,” kata ahli strategi Republikan Alice Stewart, yang merupakan pembantu utama kempen pilihan raya presiden bagi Senator Ted Cruz tahun lepas.

Dalam perkembangan terbaru, Trump pada lewat hari Jumaat menamakan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, John Kelly sebagai ketua kakitangan Rumah Putih yang baru, menggantikan Reince Priebus, yang tidak sehaluan dengan pengarah baru komunikasi Trump, Anthony Scaramucci.

Di kalangan beberapa establishment Republikan, ada tanda-tanda bahawa kesabaran terhadap Trump semakin menipis.

Pasukan keselamatan nasionalnya, dilihat semakin kecewa. Penasihat Keselamatan Negara HR McMaster dan Setiausaha Negara Rex Tillerson digambarkan oleh sumber-sumber sebagai tidak senang dengan Rumah Putih.

Setiausaha Pertahanan James Mattis berdepan dengan keputusan mendadak Trump pada hari Rabu, melalui tweet, untuk melarang individu transgender daripada perkhidmatan tentera. Pentagon berkata ia tidak akan melaksanakan arahan tanpa panduan lanjut.

Strategi Republikan Charlie Black berkata Trump perlu membiarkan penyiasatan mengenai kemungkinan wujud hubungan antara Russia dan kempennya pada 2016, dijalankannya dan dia pula berhenti bercakap mengenainya.

Russia menafikan sebarang campur tangan, dan Trump pula menafikan wujud sebarang pakatan sulit.

 

“Dia harus bercakap tentang dasar-dasar dan berpegang kepada isu-isu untuk seketika,” kata Black.

“Masih terdapat beberapa perkara yang baik yang boleh dilakukan di Kongres seperti pembaharuan cukai. Dia boleh membantu perkara-perkara itu jika itu yang dia cakap,” katanya. [Baca berita penuh]- Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.