Trump Dijangka Tandatangan Sekatan Terhadap Russia

Presiden Russia, Vladimir Putin seperti menaruh harapan besar terhadap Presiden Donald Trump yang menang pilihan raya presiden pada bulan Disember apabila dia memilih untuk tidak bertindak balas terhadap pengusiran diplomat Russia dan penyitaan kompaun diplomatik Russia.

Tetapi ‘bulan madu’ itu kini sudah berlalu.

Keputusan Russia untuk mengusir ratusan diplomat AS dan merampas dua kompaun AS, mungkin merupakan pengakuan di Moscow bahawa keupayaan Trump untuk mewujudkan hubungan yang lebih baik adalah terhad, dan memperlihatkan permulaan kemerosotan dalam hubungan itu.

Russia mengambil tindakan itu selepas Senat AS pada hari Khamis memberi isyarat bahawa ia tidak mempercayai Trump berkaitan dengan Russia dengan meluluskan rang undang-undang yang mengenakan sekatan baru ke atas Moscow dan mengikat tangan presiden itu jika dia mahu melonggarkannya.

Rumah Putih mengeluarkan kenyataan pada malam Jumaat bahawa Trump telah merundingkan perubahan kepada undang-undang itu dan kini sekarang berhasrat untuk menandatanganinya.

Andrew Weiss, bekas pakar majlis keselamatan nasional Russia, berkata mereka menyedari bahawa sukar untuk Trump melakukan sebarang tindakan besar yang Russia mahukan.

Teratas dalam senarai Russia itu ialah pelonggaran sekatan AS yang dikenakan ekoran merampas Crimea dari Ukraine dan ketidakstabilannya di timur Ukraine. Seperkara lagi ialah untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi AS terhadap tuntutan Rusia ke atas Crimea.

Keinginan Trump, yang sering dinyatakan semasa kempen presiden 2016, untuk memperbaiki hubungan, telah terjejas oleh penemuan agensi perisikan AS bahawa Russia campur tangan untuk membantu Republikan melawan calon Demokrat Hillary Clinton.

 

Penyiasatan penguatkuasaan undang-undang persekutuan dan pelbagai siasatan oleh kongres AS terhadap kemungkinan wujud pakatan sulit kempen Trump dengan Russia, telah membuat keadaan semakin sukar untuk Trump membuka lembaran baru dengan Putin.

Russia menafikan ia campur tangan dalam pilihan raya AS dan Trump pula mengatakan tiada pakatan sulit. [Baca berita penuh]- Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.