Trump Desak China Selesai Isu Korea Utara

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, lantang mengeluarkan amaran tidak lagi membenarkan China berdiam diri dalam isu Korea Utara, selepas Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandu antara benua (ICBM) baru-baru ini.

Menurut AFP, menerusi laman sosial Twitter, Trump memuat naik dua mesej mengkritik kesukaran menjalankan hubungan perdagangan dengan kuasa gergasi Asia itu terutama apabila membabitkan isu Korea Utara.

Katanya, ia ditambah selepas Korea Selatan mengesahkan ia mempercepatkan pemasangan sistem pertahanan antipeluru berpandu (THAAD) AS hingga menimbulkan rasa kurang senang China.

“Saya sangat kecewa dengan China. Bekas pemimpin kita membenarkan mereka mengaut untung ratusan bilion dolar menerusi perdagangan setiap tahun, sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa untuk kita berhubung Korea Utara, hanya bercakap.

“Kita tidak akan membiarkan ia berterusan. China dengan mudah boleh menyelesaikan masalah ini,” kata Trump, lapor BH.

Pada masa sama, Trump berikrar mengambil langkah keselamatan perlu untuk melindungi bumi Amerika dan sekutunya serantaunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.