Saddiq Khan Persoal Trump Sering Tak Puas Hati Terhadapnya

LONDON – UNITED KINGDOM. “Kita berdua bukan budak sekolah,” berikut kata-kata Datuk Bandar London, Saddiq Khan mengenai persengketaannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Berkata kepada Guardian, beliau tidak tahu sebab Trump sering mengkritiknya di laman Twitter milik presiden itu.

“Saya terlibat dalam sesuatu yang saya sendiri tidak ingin sertai, buat masa ini saya hanya ingin fokus melakukan kerja sebagai seorang Datuk Bandar.

“Saya tidak tahu apa beliau dan anaknya tidak puas hati terhadap saya dan mengapa mereka ‘tweet’ mengenai saya,” katanya, lapor Sinar.

Sebelum ini, Trump melancarkan serangan Twitter terhadap Khan selepas serangan pengganas di London Bridge serta mengkritik cara Khan mengendalikan situasi tersebut malah menekankan larangan perjalanan ke bandar tersebut.

Khan kemudiannya mengeluarkan kenyataan tidak akan membentang karpet merah sekiranya Trump datang melawat ke bandarnya.

Beliau juga terang-terangan menentang larangan perjalanan yang dikuatkuasakan AS ke atas enam negara Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.