Pakatan Arab Saudi Serang Yemen

SANAA – Pakatan yang diketuai Arab Saudi melancarkan satu siri serangan balas di sini kelmarin, beberapa jam selepas berjaya memintas sebuah peluru berpandu balistik yang menghala ke Kota Suci Mekah, kata beberapa pegawai.

Serangan itu dilihat sebagai usaha Arab Saudi untuk melindungi kira-kira 2.4 juta jemaah haji yang sudah mula tiba di negara itu.

Seorang pegawai keselamatan berkata, serangan udara itu mengenai beberapa lokasi dan lapangan terbang tentera, Sekolah Pengawal Republik dan ibu pejabat Badan Keselamatan Negara di utara Sanaa, lapor Kosmo.

Serangan itu turut membedil tiga kem tentera di pusat bandar Sanaa dan pangkalan pertahanan udara yang terletak di atas bukit di barat, selatan dan timur ibu kota ini.

Penduduk berkata, serangan udara itu berterusan dari tengah malam sehingga Subuh kelmarin dan menyifatkan mereka berada dalam keadaan paling bahaya sejak mulanya peperangan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.