Morais Lega JDT Atasi Sarawak

PETRA JAYA – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Ulisses Morais mengaku sukar untuk pasukannya menjinakkan Sarawak meskipun berjaya melakar kemenangan 2-0 pada saingan Piala Malaysia di Stadium Negeri, malam tadi.

Katanya, Sarawak nyata mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri dan sekali pun melancarkan deretan serangan, ia dapat digagalkan oleh benteng pertahanan Sarawak.

“Bukan mudah untuk kita (JDT) menundukkan Sarawak di sini (Kuching), pemain kita terpaksa bekerja keras untuk memperoleh kemenangan.

“Sudah pasti kita berpuas hati dengan kejayaan mengutip tiga mata, malah capai matlamat untuk terus cipta kemenangan,” katanya, memetik BH.

Morais berkata, kelebihan keadaan padang di Stadium Negeri juga memberi kelebihan buat skuad Bujang Senang namun pemainnya bijak memanfaatkan peluang terhidang.

“Keadaan padang yang berbeza memberi kelebihan kepada pasukan Sarawak untuk mengawal perlawanan. Tetapi kita berjaya mengimbangi semula saingan dengan memperoleh jaringan dan akhirnya keputusan memihak kepada JDT,” katanya.

JDT ketika ini mendominasi kedudukan Kumpulan D dengan tujuh mata sekali gus mara ke pusingan suku akhir bagi meneruskan kempen Piala Malaysia 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.