Model Dipaksa Bogel Depan Tahanan Dalam Lokap

Seorang model yang mendakwa dipaksa berbogel dan mendedahkan dirinya di depan tahanan lelaki dalam lokap di balai polis, telah menyaman anggota polis di situ selepas mereka menyebarkan video bogel berkenaan di internet.

Katherine Martinez mendakwa, dia dimaklumkan oleh anggota polis di balai Cali, Colombia, bahawa dia perlu mengangkat gaun yang dipakainya dan mendedahkan alat sulitnya ketika dia dirantai di tingkap, sekiranya mahu gari itu ditanggalkan.

Mereka turut memberikan kerusi untuk Katherine duduk. Ketika itu Katherine mabuk.

“Ketika itu tahanan lelaki dalam lokap bersorak. Saya ingat sesuatu tetapi bukan semua. Saya ingat mereka merakamkan saya,” kata ibu kepada seorang anak.

Sementara itu, ketua polis balai Cali, Hugo Casas mengakui pegawainya bertanggungjawab menyiarkan rakaman itu di media sosial.

Namun katanya, model berkenaan yang memutuskan untuk membuka baju dan melakukan aksi lucah dalam balai.

“Tetapi sebagai sebuah institusi, saya amat kesal terhadap apa yang dilakukan oleh pegawai saya. Aksi berkenaan dirakamkan menerusi telefon bimbit,” katanya.

Katherine yang telah mengupah peguam untuk menyaman polis menganggap apa yang dilakukan itu sebagai menjijikkan dan memalukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.