Mereka Benci Sebab Mereka Iri Hati Kata Afifah Nasir

Semenjak kes artis lelaki yang memukul isteri di sebuah pusat hiburan tempoh hari pelbagai kecaman diterima artis lelaki tersebut, Aliff Aziz dan juga Afifah Nasir yang juga merupakan adik kepada pelakon wanita, Anzalna Nasir.

Terbaru, semalam Afifah ada berkongsi sebuah gambar di akaun Facebooknya dan berkata di ruang kapsyen gambar tersebut,
“They hate you cause they envy you,” tulis kapsyennya.

Menerusi perkongsian tersebut, dilihat netizen masih lagi belum puas untuk mengecam aktres itu dan bertalu-talu komen panas ditinggalkan di ruangan komen gambar tersebut.

Bagaimanapun, teman lelakinya masih di sisi Afifah dan mengatakan bahawa Afifah adalah mangsa keadaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.