Lizzy Cipta Lagu 30 minit

KUALA LUMPUR: Berdepan tekanan apabila proses rakaman single terbaru tidak seperti dirancang, penyanyi Elizabeth Tan, mencabar diri berkarya menyiapkan lagu sendiri dalam tempoh setengah jam.

Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy, 23, mengaku panik apabila lagu yang dijanjikan kepadanya tidak dapat diserahkan akibat salah faham.

“Saya dan pengurus seakan-akan hilang arah apabila single yang dijanjikan tidak mengikut perancangan. Jadi saya mencabar diri dengan menghasilkan lagu pada saat-akhir ketika menaiki Uber dari pusat membeli-belah.

“Akhirnya, single berjudul Darling yang sepatutnya menjadi runut bunyi drama bersiri My Darling, Inspektor Daniel itu diterima produksi. Saya juga berpuas hati dengan hasilnya… single ini amat peribadi buat saya,” katanya kepada BH Online.

Bagi Lizzy, single Darling cukup istimewa kerana ia dihasilkan dirinya bersama pengurus peribadi selepas bergerak sendirian sejak Mac lalu.

Sebelum ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Knock Knock dan Setia itu mengambil keputusan bergerak sendiri selepas kontraknya bersama syarikat pengurusan, Paranormal Talents, berakhir.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.