Kanak-Kanak Lari Rumah Makan Tumbuhan Dan Ular Untuk Terus Hidup

Kunming, China – Seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang melarikan diri dari rumah selama 24 hari memberitahu dia memakan tumbuhan dan ular untuk terus hidup.

Lebih menarik lagi, kanak-kanak yang dikenali sebagai Miu itu mengembara sejauh hampir 500 kilometer sebelum ditemui polis baru-baru ini.

Kanak-kanak itu dilaporkan melarikan diri dari rumahnya di sini pada 29 Jun lalu selepas dipukul oleh bapanya.

“Pada mulanya saya langsung tidak fikirkan apa-apa. Saya hanya mahu melarikan diri dari ibu bapa saya,” kata Miu kepada wartawan.

Menurutnya, selepas beberapa hari keadaan bertambah sukar apabila dia demam akibat berjalan di dalam hujan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.