Kajol Bidas Kritikan Netizen

Primadona Bollywood, Kajol mempertahankan dirinya mengenai kontroversi nepotisme yang hangat diperkatakan dalam industri perfileman India ketika ini.

Times Of India melaporkan, Kajol yang merupakan anak kepada aktres veteran, Tanuja memberitahu, tidak salah sekiranya anak mahu mengikut jejak langkah ibu bapa mereka yang terlebih dahulu menjadi pelakon.

“Tidak salah jika anak bercita-cita seperti ibu bapa mereka, contohnya anak kepada pasangan peguam mahu menjadi peguam dan begitu juga doktor.

“Apa yang penting semestinya bakat dan kerja keras untuk berjaya di Bollywood,” katanya seperti memetik Kosmo.

Kontroversi mengenai isu nepotisme mula diperdebatkan netizen apabila ada beberapa pihak mendakwa, legasi bintang popular Bollywood memperoleh jalan lebih mudah untuk berjaya sebagai pelakon berbanding orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.