Isteri Aliff Syukri Beri Penjelasan, Isu Makan Tepi Jalan

Beberapa hari lalu, pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri ada berkongsi satu video menerusi akaun Instagramnya di mana dia sekeluarga telah menjamu selera di tepi jalan.

Sebaik sahaja video itu dikongsi oleh Aliff, pelabagai kritikan dilemparkan kepadanya walaupun di ruangan kapsyen itu Aliff sudah menjelaskan mengapa mereka sekeluarga terpaksa makan di tepi jalan.

“sedih sy bila bawa gi restoren bawa bekal sbb kat sini makanan halal amat susah nak dpt..baru je cadang nak oder lah air biar cover skit nak tumpang makan..tapi kami kena halau .. jadi kami makan lah di tpi jalan,” jelasnya di ruangan kapsyen.

Rentetan daripada video itu ada juga selebriti yang meluahkan rasa kurang setuju dengan tindakan Aliff sekeluarga yang makan di tepi jalan dan meluahkan pendapatnya.

Terkini, isteri kepada Aliff, Datin Shahida telah memberi penjelasan di akaun Instagram miliknya.

“isu makan tepi jalan pun nak kecoh…bukan buat dosa atau makan makanan tak halal…memang ada restoran halal..tapi tau tak masa tu kita orang dari mana nak kemana? …perjalanan satu tempat ke satu tempat ambik masa 3-4 jam…kami berpindah hotel selalu sbb kita menyusuri tempat2 cantik seluruh negara tu…memang saya masak sendiri sebab anak saya suka makan nasi…

“so apa masalah korang yang tak berhenti nak mengeji…untuk pengetahuan korang kat situ tak ada orang lalu pun waktu kita orang makan jadi nak malu sebab apa…saya lagi malu kalau mengutuk orang tanpa tahu hal sebenar…..

“Malas nak fikir nak puaskan hati korang semua….Esok-esok yang ada anak tu tau lah nanti jangan pandai mengeji je akhir kata semoga kita semua termasuk saya sendiri dijauhkan dari bersifat mengeji atau mengata….,” panjang lebar penjelasannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.