Filem Animasi Terbaru KRU Didakwa Tiru Filem Animasi Cars

KRU Studios telah mengesahkan bahawa mereka akan membuat satu filem animasi terbaru mereka yang bertajuk Wheely, awal tahun depan.

Inilah adalah filem animasi kedua KRU, selepas filem pertama mereka, Ribbit pada tahun 2014.

Filem ini sedang dalam fasa pembikinan dan dijangka ditayangkan di 80 negara seperti China, Korea Selatan, Jerman, Mesir, Arab Saudi, United Kingdom dan Poland dan kebanyakan negara tersebut akan mengalih bahasa ke bahasa tempatan mereka, lapor MH.

Namun, Wheely yang mengisahkan tentang kenderaan bermotor, didakwa agak serupa dengan filem Disney, Cars.

“Ya, sebahagiannya diilhamkan oleh filem Disney Cars, tetapi pelakonnya adalah rakyat Malaysia dalam dialog dan cara mereka tersendiri, ” ujar Norman Abdul Halim kepada sebuah akhbar, NST.

Walaupun ia tampak sama, filem animasi 3D itu menggunakan latar belakang bandar Kuala Lumpur yang dipanggil Gasket City yang dikendalikan oleh kereta bukan manusia.

Filem itu menceritakan kisah teksi bernama Wheely yang ingin menjadi ‘raja jalan raya’ tetapi terpaksa menghadapi pelbagai cabaran untuk melindungi orang yang tersayang.

Selain didakwa sama, teksi kuning yang digunakan kelihatan seperti yang kita lihat di New York bukannya teksi di Malaysia, merah dan putih.

Terdapat dua versi filem, iaitu satu dalam bahasa Inggeris dan satu lagi dalam Bahasa Malaysia untuk memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Versi bahasa Inggeris akan menampilkan bakat suara pelakon Amerika, manakala versi Melayu akan menggunakan suara selebriti popular kami,” katanya.

Wheely juga akan dikeluarkan sempena ulang tahun ke-25 KRU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.