Cupink Topan Jadi Perhatian Selepas Viral Dia Jadi Imam Solat

Artis Indonesia, Cupink Topan atau Sofyan Alop tiba-tiba menjadi bahan perbincangan di media sosial selepas video saat dia menjadi iman dengan suara bacaan al-quran yang merdu, menjadi tular di media soial.

Video itu dirakamkan ketika dia sedang memimpin solat berjemaah di Hotel Bidakara.

Di sebalik penampilannya yang rugged itu, Cupink menamatkan sekolah di SMK Tidore jurusan Akuntansi sebelum melanjutkan pendidikan di Universitas Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar, Sulawesi Selatan.

Pada mulanya dia mahu mengambil jurusan Ekonomi Islam namun akhirnya menuntut Pendidikan Bahasa Arab (PBA).

Selepas video di mana dia menjadi imam itu tersebar, netizen memujinya. Selain berbakat dalam bidang lakonan, Cupink Topan juga dikenali mempunyai suara yang merdu.

Dia pernah berlakon dalam filem The Raid Redemption pada 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.