‘Anak Siapa Ni Panjat Tiang Dalam Tren MRT?’

‘KEGILAAN’ pengguna MRT terus menjadi-jadi.

Pendedahan Astro AWANI tentang tingkah laku kurang adab pengguna pengangkutan awam yang baru dua minggu beroperasi itu, nampaknya masih tidak berjaya memberi kesedaran kepada mereka untuk menghargai kemudahan yang diberikan.

Dalam beberapa kemas kini di akaun Facebook, RapidKL memuat naik beberapa keping gambar tingkah laku kurang sopan pengguna, yang diharapkan akan memberi kesan sekaligus mengubah tabiat buruk itu.

Kemas kini paling terbaharu menunjukkan seorang penumpang yang memanjat tiang pemegang di dalam tren.

Disertakan bersama gambar itu adalah kapsyen yang berbunyi “Memandangkan tiada penggambaran filem Marvel di dalam tren, kami yakin ini adalah kanak-kanak yang terpisah dari ibu bapa. PM kami jika ini anak anda”.

Bagaimanapun, aksi yang dirakamkan itu bukanlah dilakukan oleh kanak-kanak. Sebaliknya, ia dilakukan seorang lelaki dewasa yang tanpa rasa bersalah menjadikan tiang dan ssebagai tempat bergayut.

Di ruangan komen, RapidKL menerima pujian daripada majoriti pengguna yang menyifatkan tindakan memuat naik gambar kesalahan ke laman sosial sebagai satu usaha yang baik untuk mengubah mentaliti masyarakat.

Membalas komen positif pengguna, RapidKL memberitahu, pihak mereka akan terus melakukannya “sehingga ke titisan darah terakhir”. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.