PAN Sokong DAP Adakan PRN Mengejut P.Pinang – Khalid Samad

PETALING JAYA – Amanah ambil keputusan untuk menyokong hasrat DAP yang mahu mengadakan pilihan raya kilat di Pulau Pinang, ketika PKR masih sedang menilai kewajarannya.

 

Portal pro-Amanah Malaysia Dateline melaporkan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata pilihan raya itu memberi manfaat kepada mereka dari segi publisiti; untuk memperkenal dan menonjolkan parti kepada pengundi.

 

Menurut laporan itu, Amanah membuat keputusan itu dalam mesyuarat parti 25 Julai lepas.

 

“Ramai yang tidak mengikuti perkembangan politik, khususnya berhubung perpecahan Pas dan pembentukan Amanah. Pimpinan Amanah seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub disangka masih bersama Pas,” kata Khalid dalam satu kenyataan semalam, menurut portal itu.

 

“Amat perlu untuk ditonjolkan kehadiran dan dasar-dasar perjuangan Amanah dan seterusnya PH. Tiada cara yang lebih berkesan untuk mencapai matlamat itu selain semasa pilihan raya,” jelasnya.

 

Catatan Tony itu dipercayai ditujukan kepada PKR yang semalam mengumumkan belum cukup yakin dengan semua alasan untuk mengadakan pilihan raya kilat di Pulau Pinang.

 

PKR sebelum ini meragui kewajaran mengadakan pilihan raya kilat di Pulau Pinang selepas cadangan DAP itu dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan parti 26 Julai lalu.

 

Pembubaran dewan legislatif Pulau Pinang dicadangkan ketika Ketua Menteri Lim Guan Eng didakwa atas dua tuduhan rasuah.

 

Khalid berkata Pakatan Harapan perlu bertindak pantas sekiranya mahu Pulau Pinang kekal bawah mereka.

 

“BN akan melakukan berbagai tipu-helah dan manipulasi untuk menentukan matlamat mereka akan tercapai. Pakatan Harapan perlu bertindak pantas, sebelum segala perancangan BN selesai dilaksanakan,” katanya.

 

Khalid menambah Amanah berpeluang memenangi kerusi di Pulau Pinang sekalipun tipis.

 

“Amanah bagaikan “nothing to lose and everything to gain” dalam pilihan raya nanti. Atas sebab itu tidak ada keperluan bagi Amanah membantah cadangan PRN tersebut,” katanya. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.