TPM Baharu Arah Polis Hapuskan Perjudian 100 Peratus

Kuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan ketua polis di seluruh negara menghapuskan aktiviti perjudian sepenuhnya.

 

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, semua ketua polis mesti mematuhi arahan itu termasuk individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan bagi membantu kerajaan menghapuskan aktiviti perjudian.

 

Beliau juga memberi amaran tindakan keras akan dikenakan terhadap pegawai atau anggota polis yang terlibat memberi perlindungan kepada pusat perjudian.

 

“Saya memberi amaran mana-mana pegawai polis, anggota polis atau mana-mana individu sama ada mewakili NGO, mahupun individu beri perlindungan kepada rumah judi, mereka akan tidak pernah terlepas tindakan daripada pihak KDN.

 

“Saya harap ketua-ketua polis di seluruh negara menepati arahan KDN,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 6,000 tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya di Perumahan Polis Desa Tasik pada malam Rabu.

 

Zahid berharap rakyat menyokong pihak polis dan KDN dalam membasmi aktiviti perjudian yang merosakkan kehidupan rakyat.

 

“Aktiviti perjudian ini boleh merosakkan remaja, golongan berpendapatan rendah, dan menyebabkan keluarga menjadi retak, porak peranda.

 

“Tidak ada satu bangsa dan agama pun yang setuju aktiviti judi berleluasa,” katanya lagi.

 

Dalam masa lain, beliau berjanji akan menyumbangkan sekurang-kurangnya RM500,000 untuk memperbaiki kerosakkan di kawasan perumahan Polis di Desa Tasik.

 

“Saya baru mulakan tugas pertama sebagai TPM dan InshaAllah saya akan berikan peruntukkan sebanyak RM500,000 untuk kawasan perumahan polis di sini,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.