Serpihan Di Pulau La Reunion Disahkan Dari Pesawat Boeing 777

Serpihan pesawat yang ditemui terdampar di Pulau La Reunion di Lautan Hindi disahkan daripada pesawat Boeing 777.

 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, perkara itu dimaklumkan oleh ketua penyiasat di sini.

 

“Serpihan itu daripada sebuah pesawat Boeing 777,” katanya.

 

Serpihan kapal terbang dijumpai terdampar di pulau La Reunion, di Lautan Hindi semalam mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.

 

Serpihan misteri berukuran 2 meter itu kelihatan seperti sebahagian daripada sayap kapal terbang, ditemui beberapa orang yang sedang membersihkan pantai.

 

Pesawat MH370, Boeing 777 hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Mac tahun lalu dan semasa itu membawa 239 orang penumpang. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.